Sekangkang kera tanah yang amat berharga kepada kami..maklumlah tinggal di kawasan perumahan yang mempunyai kawasan bertanah yang sangat limited. Walau bagaimanapun, sekangkang kera itu tetap tidak disia-siakan begitu sahaja. Ia telah ditanam dengan pelbagai tanaman untuk kegunaan seharian di dapur seperti serai, halia, lengkuas, ulam, cili, daun sup dan sebagainya.

Sesetengahnya ditanam di dalam polybag..whatever..janji tumbuh dan mengeluarkan hasil yang boleh digunakan untuk keperluan seharian..betul tak? tak perlulah beli kat supermarket sedangkan kita boleh menanam sendiri..Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...usaha setitik peluh itu tetap mengeluarkan hasil...
1 comments:
tanah dalam polybag tu sebenarnya campuran kompos rumput kat rumah peter ting.
Post a Comment