CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 15, 2009

Back to Basic

Salam sejahtera kepada semua. Kali ni I nak kongsi cerita pasal barang-barang baby pulak iaitu anduh (baby carrier). Kalau tengok kat pasaran kan, macam2 jenis boleh kita tengok sampai rabun mata pun ada dengan design dan color yang menarik. Tapi ingat wahai ibu-ibu di luar sana..jangan terpengaruh sangat..apa yang kita rasa perlu untuk anak kita kadang-kadang tak sesuai untuk mereka.


I pernah la membeli baby carrier sampai dua pulak tu...last2 tak guna..sayang. Kenapa tak guna? Baby I tak suka sebab paha dia akan jadi merah dan akan ruam. Tambahan pulak, kadang2 dia nak tidur berbaring. Kalau pakai stroller (kereta sorong), sesetengah tempat tu susah nak bawa kereta sorong especially kalau pergi jalan2 kat shopping complex yg takde lif (Masih ada shopping complex yg tak ada lif tau).




Last-last, emak I nasihatkan beli kain ela yang panjang lebih kurang 2 1/2meter untuk buat anduh macam dulu-dulu kami pakai (30 tahun yg lepas). Mula-mula tak nak ler ikut (ye lah..mcm tak mengikuti perubahan zaman la pulak hehehe). Tapi demi untuk keselesaan anak, I akhirnya membeli juga kain ela tersebut untuk dijadikan anduh. Dan hasilnya...my baby loves it so much..siap tertidur2 lagi. Lagipun boleh mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Baru I terfikir, walau zaman dah jauh berubah, ada sesetengah benda yang dulu2 kita masih boleh praktikkan, kadang2 lebih baik daripada teknologi zaman sekarang.

Finally, Back to Basic lor...

0 comments: