CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 30, 2009

Sekangkang Kera, Setitik Peluh



Sekangkang kera tanah yang amat berharga kepada kami..maklumlah tinggal di kawasan perumahan yang mempunyai kawasan bertanah yang sangat limited. Walau bagaimanapun, sekangkang kera itu tetap tidak disia-siakan begitu sahaja. Ia telah ditanam dengan pelbagai tanaman untuk kegunaan seharian di dapur seperti serai, halia, lengkuas, ulam, cili, daun sup dan sebagainya.

Sesetengahnya ditanam di dalam polybag..whatever..janji tumbuh dan mengeluarkan hasil yang boleh digunakan untuk keperluan seharian..betul tak? tak perlulah beli kat supermarket sedangkan kita boleh menanam sendiri..Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...usaha setitik peluh itu tetap mengeluarkan hasil...

Just A Little Bit Late..

I really like this blouse from Irenelim..it is so cute, with the belt some more..
However, this blouse was really high in demand so i missed it to someone else..so sad lo..

Thursday, April 23, 2009

Pureen Dry 5 Premium is The Best!


Masih tercari-cari diapers yang sesuai dan selesa untuk kulit baby anda? Cubalah Pureen Dry 5 Premium...
(P/S: I bukan tolong promote Pureen tau..ni adalah berdasarkan pengalaman.. Nak ler jugak kongsi dgn ibu2 di luar sana yg sayangkan anak macam I hehehe...)

Berdasarkan pengalaman, mencari diapers yang paling sesuai dengan baby adalah agak sukar juga sebab kena cuba satu-satu dan tengok dengan keserasian kulit anak...sejak baby I lahir, ada ler beberapa jenama yang pernah dicuba sebelum stick dengan Pureen Dry 5 Premium ni.


Kenapa I pilih Pureen Dry 5 Premium?
Ia sangat lembut dipakai oleh baby yang mempunyai kulit yang lembut, tak ada lagi ruam..Selain itu boleh tahan lama kdg2 boleh sampai 8 jam walaupun baby I kerap kencing.. Alhamdullilah..baby I takde ler merengek-rengek basah. Dulu sebelum bertukar ke Pureen ni, tak sampai 4 jam dah terpaksa tukar diapers lagi. Lagipun harganya adalah berpatutan. Terima kasih la kpd Pureen kerana mengeluarkan produk diapers yg sungguh selesa utk bayi...Anak I selesa, I pun gembira...

Wednesday, April 22, 2009

Today is Earth Day...



Hari ni, 22hb April, adalah hari Bumi Sedunia..

Apa yang perlu kita lakukan?
Sebagai seorang yang prihatin, marilah mulakan langkah dari rumah kita.

Recycle barang-barang yang boleh direcycle contohnya: botol kaca, botol plastik, plastik, surat khabar lama dan sebagainya

Ketika berada di luar rumah:
Tak perlulah buang sampah merata-rata, terutamanya ketika sedang berada dalam kenderaan
Hayatilah keindahan alam ciptaan Tuhan..
Terapkan kreativiti kepada anak2 melalui aktiviti kraf menggunakan bahan-bahan terbuang
dan sebagainya lah...

Happy Earth Day!!

Tuesday, April 21, 2009

Happy Labour Day!!


Labour Day is coming soon...

Sebagai salah seorang daripada pekerja2 di seluruh negara, I ingin mengucapkan Happy Labour Day kepada seluruh manusia2 yang bekerja, tak kira la kerja kerajaan ke, swasta ke, bekerja sendiri ke, atau yg tidak bekerja tetapi tetap dikategorikan sebagai pekerja (cthnya: seorang surirumah, surirumah bekerja juga tau..)


Kepada yang kuat bekerja semoga membuahkan hasil yg dinantikan..

Kepada yang kuat bekerja tetapi tak nampak hasilnya..semoga lebih pintar dalam pekerjaan anda..caiyok, caiyok..kena tukar strategi pulak ye..

Kepada yang kuat bekerja, serta pintar dalam pekerjaannya sehingga membuahkan hasil yang mencurah2...alhamdulillah..murah rezeki anda dan teruskan usaha anda tetapi ingatlah kepada yang memerlukan bantuan anda...

Semoga kita semua akan berkerja dengan lebih gigih, bersungguh2 dan lebih pintar di alam pekerjaan kita serta memperbaiki mutu dan kualiti perkerjaan kita di masa akan datang yer..


Happy Labour Day!

Thursday, April 16, 2009

Yes, I Fill Up My Closet with Pretty Dress!!!

Today I received my second order from Irenelim Fashion. Once i open the parcel, I'm so speechless..WOW!!! All the dress are so pretty..However, I don't have time to try it (by the time I publish this post). Can't wait to wear it at any occasion...(or no need to wait for occasion to wear it...hehehe..saja je nak melaram). I would like to share my new dresses with those who like fashion..(share the pic saja lor..not the dress hehehe).







I really really love this trench coat.. never have it before.. and this year I would like to try something different to wear to office..and I'm sure my my officemates will be jealous hehehe...









This dress is really beautiful...I fall in love with it..







Cute ha? The colour is really sweet.


For those who never shopping online, trust me..you can trust Irenelim Fashion..you'll get what you want..she sells exactly what you see in the pic. I have review so many websites or blogs who sell dress or other fashion items, I still prefer her to deal with...Irenelim is the best!!! It's my favourite online shopping site..

Wednesday, April 15, 2009

Back to Basic

Salam sejahtera kepada semua. Kali ni I nak kongsi cerita pasal barang-barang baby pulak iaitu anduh (baby carrier). Kalau tengok kat pasaran kan, macam2 jenis boleh kita tengok sampai rabun mata pun ada dengan design dan color yang menarik. Tapi ingat wahai ibu-ibu di luar sana..jangan terpengaruh sangat..apa yang kita rasa perlu untuk anak kita kadang-kadang tak sesuai untuk mereka.


I pernah la membeli baby carrier sampai dua pulak tu...last2 tak guna..sayang. Kenapa tak guna? Baby I tak suka sebab paha dia akan jadi merah dan akan ruam. Tambahan pulak, kadang2 dia nak tidur berbaring. Kalau pakai stroller (kereta sorong), sesetengah tempat tu susah nak bawa kereta sorong especially kalau pergi jalan2 kat shopping complex yg takde lif (Masih ada shopping complex yg tak ada lif tau).




Last-last, emak I nasihatkan beli kain ela yang panjang lebih kurang 2 1/2meter untuk buat anduh macam dulu-dulu kami pakai (30 tahun yg lepas). Mula-mula tak nak ler ikut (ye lah..mcm tak mengikuti perubahan zaman la pulak hehehe). Tapi demi untuk keselesaan anak, I akhirnya membeli juga kain ela tersebut untuk dijadikan anduh. Dan hasilnya...my baby loves it so much..siap tertidur2 lagi. Lagipun boleh mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Baru I terfikir, walau zaman dah jauh berubah, ada sesetengah benda yang dulu2 kita masih boleh praktikkan, kadang2 lebih baik daripada teknologi zaman sekarang.

Finally, Back to Basic lor...

Tuesday, April 14, 2009

Your Online Shopping Mall..

Jom pi shopping...kalau tak pun kita cuci mata je...bukan penat pun, tak payah dressing, tak payah pakai kasut tumit tinggi, tak payah makeup, tak payah pakai tudung (bagi yang pakai tudung), tak payah mandi dan tak payah segalanya ler pon boleh (amaran keras: tapi jangan lakukan ini di khalayak ramai melainkan anda berada di rumah anda sendiri...hehehe..)...click saja link yang tertera di bawah ni dengan hujung jari anda...dan mulalah rabun mata ye...

http://www.emmagem.com/2008/01/04/malaysias-online-fashion-shopping-directory/

The Road of Life


Sunday, April 12, 2009

Beautiful Outfits@Irenelim Fashion - Malaysian Online Boutique

Baru-baru ni semasa melayari Facebook, I ternampak satu ad Irenelim Fashion. I try la tengok apa yang ada. Rupa-rupanya satu website yang menjual pakaian wanita. Bila I go through, I terpikat dengan dress-dress yang sangat cantik dengan harga yang berpatutan. I try mengikuti aktiviti blog tersebut sepanjang hari..ehmm..maklumlah, I agak takut dengan pembelian secara online, takut barang tak sampai, duit pula lesap, nanti berputih mata kang. Lagipun I tinggal di Bintulu, Sarawak, Irene di Semenanjung Malaysia.

Tapi, boleh tahan, ramai orang order. So, I pun terfikir, why don't I try..lagipun dah lama I tak membeli baju baru semenjak pregnant. Bila dah bersalin ni, baju yang dulu-dulu masih tak dapat pakai, maklumlah susuk badan tak kembali lagi ke bentuk asal.

Belek punya belek, dan selepas confirmed dengan Irene, akhirnya saya telah membeli 7 helai baju...hehehe..ni lah yang paling banyak I beli pada satu resit. Lagipun, free delivery kalau beli RM200 ke atas.. apa lagi rembat je le yang berkenan di hati. Baju-baju I sampai sehari selepas Irene menghantar order tersebut melalui Pos Laju. Sungguh tak percaya baju-baju yang I order sampai begitu cepat.

Tanpa menunggu lagi I try la beberapa helai. Cantik ke tak cantik ke di pandangan mata orang, I tetap rasa I cantik pakai baju-baju tu hehehe...biarlah orang cakap masuk bakul angkat sendiri, yang penting I'm happy...TQ to Irene because you have so many beautiful outfits with reasonable price..(Why I say so? Because I can't get it [beautiful + reasonable price] in Bintulu).
Baru-baru ni I beli lagi 4 helai baju, 2 telah confirmed, 2 lagi kena confirm dengan Irene lagi. I tak nak melepaskan peluang memakai baju-baju yang cantik sebab I memang nak kelihatan cantik.

Di sini, I sertakan gambar-gambar memakai baju2 tersebut. Tapi ada 4 gambar je..yang lain akan di update kemudian..tunggu!!!



I'm going to buy more from Irenelim Fashion - Malaysian Online Boutique

Respect Servis yang Efisien


Petang semalam terasa sangat nak makan Pizza. Saya suruh la suami call Pizza Hut di Bintulu untuk delivery service. Walau bagaimanapun, staff pizza hut tersebut meminta kami call nombor bebas toll diaorang. Selepas segala pesanan diambil, staff yang menjawab telefon mengakhiri perbualan dengan memberitahu pesanan akan sampai dalam masa 45 minit. Tunggu punya tunggu, tepat 45 minit kemudian, pizza yang dipesan pun sampai tepat ke pintu pagar rumah kami. Wow..hebatnya..delivery hantar pakai kereta lagi, ingatkan pakai motor yang biasa dilihat. Seminit kemudian, staff Pizza Hut call balik tanya order dah sampai ke belum. I'm so surprise, bukan apa, selama ni tak pernah terima servis yang sebegitu walaupun kami hanya pesan pizza yang berharga RM30(termasuk delivery charge). I sangat puji servis Pizza Hut, very efisien..diaorang jaga quality servis untuk kepuasan pengguna. Cayalah Pizza Hut!!! Keep up your Service Quality..

Saturday, April 11, 2009

Kenapa Perempuan Suka Shopping?


Kenapa perempuan suka shopping? Entahlah..aku pun tak tahu walaupun aku ni perempuan. Aku memang mengaku aku ni suka shopping..mungkin bukan sekadar suka kot..tapi bolehlah dikatakan gila. Tapi kan, bila difikirkan balik, mungkin ini adalah antara sebab-sebabnya (ini berdasarkan pengalaman la)


  1. Memang naluri seorang perempuan suka kelihatan cantik, kalau boleh sepanjang masa, time tidur pun nak rasa cantik juga...

  2. Wanita adalah kaum yang lemah dengan godaan especially kepada benda yang cantik-cantik, pantang tengok terus rabun mata.

  3. Wanita tak main bola walaupun ada sesetengahnya tengok bola, jadi untuk habiskan masa wanita pergilah bershopping. Tapi kenapa shopping? tak berkebun ke? sebab shopping lebih senang dilakukan berbanding berkebun hehehe...jangan marah ekk

  4. Ada duit lebih..terpulang la kepada wanita nak bershopping ke..nak simpan ke..tambah-tambah kalau ada gaji sendiri..kuasa di tangan sendiri bukan orang lain atau sesiapa pun..

  5. Kadang-kadang bila dah rasa penat sangat bekerja (tak kisah la yang bekerja ke atau surirumah; surirumah pun penat juga tau) adalah sangat berbaloi untuk pergi bershopping dan rasa penat secara tiba-tiba terus hilang. Pada yang ada isteri tu..bagi-bagilah duit poket pada isteri yang jadi surirumah kalau tengok dia macam lemah-lemah semacam dan tak bersemangat dan suruh pergi shopping..gerenti muka dia terus ceria semula.

Itulah antara sebab-sebab kenapa perempuan suka shopping. Kalau ada sesiapa yang ada sebab lain silalah tambah senarai tersebut. Kepada suami-suami yang ada isteri yang suka shopping, tak payah la tegur. Anggaplah itu macam satu insentif, terapi dan tanda kasih sayang kepada mereka kerana bukan mudah menjadi seorang perempuan, seorang isteri, dan seorang ibu kepada anak-anak anda. P/S: Jangan risau belanja bulanan tak cukup kalau isteri suka shopping sebab seorang isteri yang baik tidak akan membiarkan kekurangan pada keperluan harian keluarga.