
(P/S: I bukan tolong promote Pureen tau..ni adalah berdasarkan pengalaman.. Nak ler jugak kongsi dgn ibu2 di luar sana yg sayangkan anak macam I hehehe...)
Berdasarkan pengalaman, mencari diapers yang paling sesuai dengan baby adalah agak sukar juga sebab kena cuba satu-satu dan tengok dengan keserasian kulit anak...sejak baby I lahir, ada ler beberapa jenama yang pernah dicuba sebelum stick dengan Pureen Dry 5 Premium ni.
Kenapa I pilih Pureen Dry 5 Premium?
Ia sangat lembut dipakai oleh baby yang mempunyai kulit yang lembut, tak ada lagi ruam..Selain itu boleh tahan lama kdg2 boleh sampai 8 jam walaupun baby I kerap kencing.. Alhamdullilah..baby I takde ler merengek-rengek basah. Dulu sebelum bertukar ke Pureen ni, tak sampai 4 jam dah terpaksa tukar diapers lagi. Lagipun harganya adalah berpatutan. Terima kasih la kpd Pureen kerana mengeluarkan produk diapers yg sungguh selesa utk bayi...Anak I selesa, I pun gembira...
2 comments:
My favorite brand is Mamipoko. :)
i've tried it already ler..
Post a Comment