CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 11, 2009

Kenapa Perempuan Suka Shopping?


Kenapa perempuan suka shopping? Entahlah..aku pun tak tahu walaupun aku ni perempuan. Aku memang mengaku aku ni suka shopping..mungkin bukan sekadar suka kot..tapi bolehlah dikatakan gila. Tapi kan, bila difikirkan balik, mungkin ini adalah antara sebab-sebabnya (ini berdasarkan pengalaman la)


  1. Memang naluri seorang perempuan suka kelihatan cantik, kalau boleh sepanjang masa, time tidur pun nak rasa cantik juga...

  2. Wanita adalah kaum yang lemah dengan godaan especially kepada benda yang cantik-cantik, pantang tengok terus rabun mata.

  3. Wanita tak main bola walaupun ada sesetengahnya tengok bola, jadi untuk habiskan masa wanita pergilah bershopping. Tapi kenapa shopping? tak berkebun ke? sebab shopping lebih senang dilakukan berbanding berkebun hehehe...jangan marah ekk

  4. Ada duit lebih..terpulang la kepada wanita nak bershopping ke..nak simpan ke..tambah-tambah kalau ada gaji sendiri..kuasa di tangan sendiri bukan orang lain atau sesiapa pun..

  5. Kadang-kadang bila dah rasa penat sangat bekerja (tak kisah la yang bekerja ke atau surirumah; surirumah pun penat juga tau) adalah sangat berbaloi untuk pergi bershopping dan rasa penat secara tiba-tiba terus hilang. Pada yang ada isteri tu..bagi-bagilah duit poket pada isteri yang jadi surirumah kalau tengok dia macam lemah-lemah semacam dan tak bersemangat dan suruh pergi shopping..gerenti muka dia terus ceria semula.

Itulah antara sebab-sebab kenapa perempuan suka shopping. Kalau ada sesiapa yang ada sebab lain silalah tambah senarai tersebut. Kepada suami-suami yang ada isteri yang suka shopping, tak payah la tegur. Anggaplah itu macam satu insentif, terapi dan tanda kasih sayang kepada mereka kerana bukan mudah menjadi seorang perempuan, seorang isteri, dan seorang ibu kepada anak-anak anda. P/S: Jangan risau belanja bulanan tak cukup kalau isteri suka shopping sebab seorang isteri yang baik tidak akan membiarkan kekurangan pada keperluan harian keluarga.



0 comments: